DAPATKAN BORANG KEAHLIAN GAPPIMA DI BOOTH GAPPIMA PADA KOPI 12

1.Ramai yang bertanya mengenai siapakah yang layak menyertai GAPPIMA?

- Keanggotaan GAPPIMA adalah terbuka kepada semua pertubuhan dan individu yang berkaitan dengan pengubatan Islam dan berdaftar di bawah ROS.

2. Bagaimanakah proses untuk menyertai GAPPIMA?

- Setiap individu hendaklah mengisi borang keahlian dan membayar yuran pengurusan dengan borang tersebut mestilah mendapat cop sokongan dari pusat rawatan yang disertainya.

- Kemudian borang tersebut hendaklah dihantar kepada sketariat GAPPIMA bagi proses saringan untuk menilai dan meluluskan permohonan tersebut.

3. Perlukah berdaftar dengan lain-lain jabatan seperti TCM,JAKIM dan lain-lain setelah menyertai GAPPIMA?

- Semua pengamal pengubatan Islam mesti berdaftar dengan KKM..GAPPIMA boleh memainkan peranan sebagai orang tengah.

* Borang keahlian boleh didapati di booth GAPPIMA di Kongres Pengubatan Islam Nusantara 1& 2/12/2012 nanti.



GAPPIMA merupakan Penganjur Bersama Kongres Pengubatan Islam Nusantara


Kongres Pengubatan Islam Nusantara ini akan dirasmikan oleh penaung GAPPIMA iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Dijemput kepada semua persatuan-persatuan & pengamal-pengamal pengubatan Islam untuk ikut serta di dalam kongres pengubatan Islam nusantara 2012 ini.

InshaaAllah, GAPPIMA bercita-cita untuk menjadikan kongres seperti ini sebagai salah satu aktiviti mega GAPPIMA dan hal ini telah disokong oleh Tun Abdullah sendiri.