SENARAI PERSATUAN DI BAWAH GAPPIMA 2014

1. PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA): P12001

2. PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM MALAYSIA : P12002

3. PENGUBATAN ISLAM SEIRING SYARIAT AL-IKHLAS : P12003

4. PUSAT RAWATAN ISLAM AL-HIDAYAH : P12004

5. PUSAT RAWATAN ISLAM SINAR ZAMDURRANI : P12005

6. PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN : P12006

7. PUSAT RAWATAN ISLAM AL-MUTTAQIN :P12007

8. PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUL THIBBUN NABAWI : P12008

9. PUSAT PERUBATAN ISLAM AL-IKHWAN MALAYSIA : P12009

10. PUSAT PERUBATAN KOMPLEMENTARI ISLAM YASHFIEN HERBS : P12010

11. PERSATUAN PERAWAT ISLAM ASY SYAHIDI MALAYSIA : P12011

12. PERSATUAN PERAWAT ISLAM NUR EHSAN MALAYSIA (AKRINE) : P1012

13. PUSAT RAWATAN ISLAM MANARAH : P12013

14. ZADD ASSYIFA : P12014

15. DARUL HADITH : P12015

16. PUSAT RAWATAN ISLAM AT-TOBIBI : P12016

17. PERSATUAN RAWATAN ISLAM BATHAMIM 114 MALAYSIA : P12017

18. TELAGA SYIFA' : P14001

MUNAQASHAH PERUBATAN ISLAM KALI PERTAMA 2014



1. Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t GAPPIMA buat pertama kalinya telah berjaya menganjurkan satu program Munaqashah Perubatan Islam 2014.

2. Butiran Program :

Tarikh : 24 & 25 Mei 2014
Tempat : Tok Aman Bali Resort, Kelantan
Bilangan Peserta : 123 orang
Persatuan Yang Terlibat : 16 Persatuan yang berdaftar di bawah GAPPIMA

3. Objekti Program :
     1. Mengukuhkan kesatuan antara persatuan dan pengamal pengubatan Islam.
     2. Mencari persamaan dan memupuk keharmonian di antara satu sama lain.
     3. Memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada persatuan atau pengamal pengubatan Islam.
     4. Menjadi medan untuk menerima nasihat, teguran dan muhasabah terhadap amalan dalam pengubatan            Islam.

4. Program telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Haron Din. Antara ucaptama yang disampaikan oleh TG ialah :

* Penubuhan GAPPIMA merupakan satu rahmat dari Allah.
* Kita perlu bersama jemaah dan kita perlu berjemaah. Ia adalah apa yang dikehendaki oleh Islam.
* Kita mesti bersatu dan berada dalam persatuan yang kukuh.
* Di dalam jemaah mesti ada kedamaian dan saling bantu-membantu.
* Orang Mukmin dengan mukmin yang lain saling mengukuhkan antara satu sama lain.

5. InshaaAllah program ini merupakan tanda aras pertama untuk menyusun strategi bagi program-program akan datang demi memartabatkan syariat Islam melalui pengubatan Islam.

6. Pihak GAPPIMA amatlah mengalu-alukan cadangan dari semua demi memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada serta memantapkan lagi program-program untuk masa akan datang.

Barisan Exco bergambar bersama TG Haron Din

                                 Ucaptama oleh TG Dato Haron Din (Penasihat GAPPIMA)


















TERKINI : REVOLUSI PERUBATAN ISLAM