Segala pujian bagi Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyanyang dan selawat ke atas junjungan mulia Nabi
Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.anhum.
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayah-Nya
memberikan rahmat ke atas usaha-usaha yang dilakukan bagi menubuhkan
Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia(GAPPIMA). Semoga
Dia akan terus melimpahkan rahmat di atas semua usaha-usaha yang
dilakukan oleh hamba-hambaNya ini.
GAPPIMA
ditubuhkan bertujuan bagi menggabungkan seluruh persatuan dan pengamal
pengubatan Islam yang berada di Malaysia di bawah satu bumbung yang
sama agar dapat mewujudkan ketumbukan yang kuat dalam memperjuang dan
memartabatkan syariat Islam melalui pengubatan Islam.
Penubuhan
GAPPIMA juga bertujuan bagi mewujudkan kesatuan suara dan usaha bagi
memastikan pengubatan Islam diiktiraf lebih tinggi berbanding pengubatan
yang lain kerana Islam merupakan agama yang tertinggi dan agama rasmi
di negara kita ini.
Matlamat
yang lebih besar penubuhan GAPPIMA ialah dengan adanya kesatuan suara
dan usaha ini, perjuangan GAPPIMA diharapkan dapat mewujudkan aktanya
sendiri agar pengubatan Islam memiliki kekuatan yang tidak bersandar
kepada mana-mana pihak dan pengubatan Islam dapat diiktiraf ke tahap
yang paling tertinggi di dalam negara kita ini.
Banyak
lagi matlamat dan tujuan yang akan dan boleh diperjuangkan melalui
GAPPIMA ini. Kita mengharapkan agar persatuan-persatuan dan pengamal
pengubatan Islam dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada GAPPIMA
bagi memastikan matlamat dan tujuan yang diperjuangkan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.