6. Pihak berkuasa perlu segera menyekat amalan-amalan dalam pengubatan Islam yang didapati bercanggah dengan Syariat dengan mengadakan peruntukan undang-undang yang jelas dan hukuman yang setimpal bagi kesalahan tersebut.
7. Pihak media perlu memaparkan pengetahuan tentang pengubatan Islam yang sebenar bagi memperbetulkan tanggapan salah selama ini terhadap rawatan Islam sehingga menganggap sesiapa sahaja yang menggunakan ayat-ayat al-Quran adalah perawat Islam tanpa menyedari ilmu sihir juga ada yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan kaeddah yang salah.
8. Pengamal pengubatan Islam hendaklah menunujukkan contoh terbaik dalam amalan mereka dengan mementingkan keikhlasan dalam membantu pesakit, mengutamakan keredhaan Allah dan mencari pahala daripada Allah tanpa meletakkan imbuhan duniaawi sebagai matlamat utama dalam pengubatan.
9. Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar dari tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kadang ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihr khayalan yang menggunakan khidmat jin dan syaitan. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang terkhayal seoalah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku,
10. Perawat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti mengetahui dalam badan pesakit ada sejumlah jin dan kemudian menilik ayat-ayat al-Quran yang kononya adalah ubat yang sesuai untuk pesakit berdasarkan pencarian secara tilikan maka termasuk dalam kaedah menggunakan khadam ghaib atau jin dan syaitan.
11. Kaedah mengalinkan bahan tertentu di atas tubuh pesakit seperti mengalinkan telur di tempat sakit kemudian apabila telur itu dipecahkan didapati berbagai objek di dalam telur itu seperti rambut atau isi telur itu berubah warna kepada kehitaman atau kemerahan maka ia termasuk kaedah sihir dan pengamalnya dipanggil sebagai Kahin ( merawat dengan menggunakan khidmat jin dan syaitan).