GAPPIMA amat berbesar hati menerima kerjasama dengan e-Komuniti UKM untuk mengadakan siri-siri wacana Perubatan Islam selama 2 tahun.

Pihak GAPPIMA mengharapkan dengan usaha sebegini mampu untuk membawa Perubatan Islam melangkah kehadapan dan dapat mengharmonikan perbezaan pandangan yang wujud dari kalangan pengamal pengubatan Islam itu sendiri.

Pihak GAPPIMA mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UKM dan e-Komuniti UKM kerana memberikan kepercayaan kepada GAPPIMA untuk terlibat dalam wacana Perubatan Islam ini.

Semoga Universiti-Universiti lain juga dapat mengikuti jejak langkah UKM dalam usaha membawa Perubatan Islam kehadapan masyarakat Islam khususnya di negara kita ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan