DEWAN NEGARA MELULUSKAN AKTA PENGUBATAN ISLAM

5 Disember 2012 :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dan Selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w yang mengurniakan nikmat dan rahmat kepada hamba-hambanya di atas muka bumi ini.


Dalam persidangan Dewan Negara pada 5/12/12,Akta PT&K dan pengubatan Islam telah d luluskn. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentuk Ahli Majlis bagi memastikan akta yang diluluskan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

GAPPIMA dari semasa ke semasa akan berusaha untuk memberikan penerangan berkaitan dengan perkembangan Akta yang diluluskan ini bagi memastikan Persatuan-Persatuan dan Pengamal-Pengamal pengubatan Islam tidak ketinggalan dalam memahami dan melibatkan diri dalam Akta yang telah diluluskan ini.Sebarang cadangan ataupun apa-apa perbincangan boleh disalurkan terus kepada GAPPIMA.


0 ulasan:

Catat Ulasan