12. Perkara luarbiasa yang menakjubkan dalam rawatan yang berlaku secara berulang-ulang dan boleh diprogramkan daripada awal oleh perawat malah dia pula berbangga kerana perkara luarbiasa itu dianggap sebagai keistimewaan kepadanya maka ia bukannya Karamah atau Maunah tetapi adalah Istidraj atau Sihir. Karamah seseorang perawat dalam bidang pengubatan adalah kurniaan daripada Allah dan ianya berlaku secara mendadak serta tidak boleh diprogramkan (tidak tahu bila akan berlaku dan bagaimana akan berlaku).

13. Kaedah merawat pesakit mangsa sihir dengan menggunakan amalan sihir atau dipanggil dengan istilah An-Nushrah adalah haram hukumnya disisi Jumhur Ulama'. Justeru rawatan terhadap pesakit dengan menggunakan kaedah yang salah hendaklah dihentikan serta-merta. Pengamal pengubatan Islam hendaklah berlapang dada dan menerima pandangan yang betul demi memurnikan pengubatan Islam.

14. Ilmu kebal, ilmu boleh makan kaca, ilmu boleh menghilang ghaib, ilmu boleh terbang, ilmu boleh melihat walaupun mata tertutup, ilmu boleh menilik masa depan seseorang, ilmu boleh menuntut hutang, dengan cara yang halus dan ilmu boleh berubah menjadi makhluk yang lain adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam.

15. Pengamal pengubatan Islam hendaklah memperkasakan ilmu ini dengan merujuk kepada kitab-kitab pengubatan Islam yang muktabar yang dikarang oleh ulama-ulama yang muktabar, menterjemah kitab-kitab tersebut kepada bahasa Melayu, melakukan penyelidikan dan pengembangan (R&D), menulis buku ilmiah tentang pengubatan Islam dan berdakwah kepada masyarakat melalui pengubatan Islam.

16.Penagih dadah boleh dirawat melalui pengubatan Islam dengan menggunakan kaedah Takholli ( menghilangkan keserabutan di fikiran penagih), kaedah Tahilli (pengisian dengan aktiviti menyihatkan seperti riadah, makanan dan minuman yang halal, solat fardhu dan sunat, pengajian ilmu fardhu ain, membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar dan bersolawat serta qiyamullail) dan kaedah Tajalli (mengekalkan ketenangan fikiran dan rasa kebesaran Allah dan jiwa bekas penagih).

17.Islam tidak memisahkan herba daripada ilmu pengubatan Islam sekiranya herba tersebut terbukti memiliki khasiat yang boleh memberi manfaat kepada manusia samada melalui pembuktian saintifik atau pengalaman turun-temurun sebelum ini dengan syarat ianya halal dan selamat digunakan serta beriktikad bahawa Allah yang menyembuhkan.

18. Mengharmonikan pengubatan tradisional Melayu dan pengubatan Islam supaya ia menjadi warisan budaya bangsa yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

19. Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan hendaklah membuka ruang seluas-luasnya kepada Pengubatan Islam untuk mengadakan program Rawatan Islam di Universiti dan Kolej menyediakan pengubatan Islam di semua hospital kerajaan dan swasta kepada pesakit beragama Islam.

20. Perlunya ada sebuah badan yang mengawal disiplin dan etika perawat untuk meningkatkan mutu pengubatan Islam.

21. Seluruh persatuan pengubatan Islam di Malaysia bernaung di bawah GAPPIMA untuk memartabatkan dan melestarikan pengubatan Islam sepanjang hayat.

22.Penghargaan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan yang telah mengiktirafan pengubatan Islam dengan wujudnya Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari yang memasukkan rawatan Islam sebahagian daripadanya pada tahun 2012.

0 ulasan:

Catat Ulasan