MAIS Terima Kunjugan GAPPIMA


SHAH ALAM – Seramai 11 orang kakitangan dari Gabungan Persatuan Pengubatan Islam (GAPPIMA) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mendapatkan maklumat berkaitan modul-modul perubatan Islam mengikut syariat.

Lawatan kerja ini berlangsung pada 30 April yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Al- Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah. Rombongan GAPPIMA diketuai oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mustaffa, Presiden GAPPIMA bersama kakitangan yang lain.

Pelbagai persoalan dan pandangan di antara kedua-dua belah pihak semasa perbincangan dijalankan terutama yang membabitkan kaedah perubatan Islam dan Pemulihan Al-Riqab. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Setiausaha MAIS. Turut serta dalam perbincangan ini ialah Ketua Sektor Pembangunan Sosial dan Pengurus Bahagian Pemulihan Al-Riqab.
Di penghujung majlis, kedua-dua pihak saling bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenangan akan terjalinnya hubungan di antara MAIS dan GAPPIMA.(Sumber dari MAIS)

0 ulasan:

Catat Ulasan