NOTIS AGM

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Hajjah Azian

MAKLUMAN TERKINI

Keahlian GAPPIMA

1. Pihak urusetia GAPPIMA ingin memohon maaf kerana mengambil masa yang lama dalam memproses permohonan keahlian GAPPIMA.

2. Hal ini disebabkan oleh prosedur dan urusan serta komitmen yang tinggi diperlukan bagi memproses keahlian tersebut.

3. Ahli Jawatankuasa telah memutuskan di peringkat awal untuk MELULUSKAN permohonan keahlian dari semua pemohon dari ahli Persatuan Kebajikan Islam Darul Syiffa', Sinar Zamdurani, AKRINE, Persatuan Asy-Syahidi, Al-Hidayah, Darul Hadith, Darul Salam, Al-Manarah, Pusat Perubatan Seiring Syariat,Darul Thibbun Nabawi, Yashfien dan Darul al-Ansar.

4. Permohonan keahlian bagi pemohon yang lain masih lagi dalam proses.

5. Untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Hajjah Azian- 0126020463

Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke-2

1. GAPPIMA akan mengadakan AGM kali ke-2 pada 8/9/13(Ahad) pada jam 2p.m.

2. Semua ahli GAPPIMA layak untuk menghadiri AGM ini.

3. Notis akan dihantar kepada semua ahli GAPPIMA dan sekiranya tidak mendapat notis ahli tetap boleh menghadiri AGM ini.

4. AGM pada kali ke-2 ini tiada perlantikkan jawatan.

MAIS Terima Kunjugan GAPPIMA


SHAH ALAM – Seramai 11 orang kakitangan dari Gabungan Persatuan Pengubatan Islam (GAPPIMA) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mendapatkan maklumat berkaitan modul-modul perubatan Islam mengikut syariat.

Lawatan kerja ini berlangsung pada 30 April yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Al- Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah. Rombongan GAPPIMA diketuai oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mustaffa, Presiden GAPPIMA bersama kakitangan yang lain.

Pelbagai persoalan dan pandangan di antara kedua-dua belah pihak semasa perbincangan dijalankan terutama yang membabitkan kaedah perubatan Islam dan Pemulihan Al-Riqab. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Setiausaha MAIS. Turut serta dalam perbincangan ini ialah Ketua Sektor Pembangunan Sosial dan Pengurus Bahagian Pemulihan Al-Riqab.
Di penghujung majlis, kedua-dua pihak saling bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenangan akan terjalinnya hubungan di antara MAIS dan GAPPIMA.(Sumber dari MAIS)